Want your
own Fotopage?






 
Norhanani's FotoPage

By: Norhanani Abd Rahman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Friday, 3-Jul-2009 03:41 Email | Share | | Bookmark
Kej. Kayak MSP di Politeknik Kota Kinabalu Sabah (20-25/6/09)













Care to comment?


Friday, 3-Jul-2009 02:57 Email | Share | | Bookmark
Anugerah


Anugerah Pingat Peringatan Sambutan 100 Tahun Pengakap satu penghargaan

Tidak dapat digambarkan dan penuh kesyukuran dipanjatkan oleh Pesuruhjaya Kumpulan Latihan KelanaSiswa Malayasia, Politeknik Seberang Perai Pn. Norhanani Abd Rahman apabila dianugerahkan Pingat Peringatan Sambutan 100 Tahun Pengakap di Majlis Penutup Kem HINEX ke 9. Pingat yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr Mohd Shahrom Mohamad, Exco Majlis Pengakap Malaysia turut dianugerahkan kepada Pesuruhjaya-pesuruhjaya KLKM dan Jurulatih-jurulatih IPT yang hadir ke kem HINEX ke 9 di TATiUC. Ini adalah penghargaan daripada Persekutuan Pengakap Malaysia diatas jasa dan khidmat bakti di dalam aktiviti kepengakapan.

Menurut Pesurujaya KLKM PSP, beliau amat berterima kasih kepada Persekutuan Pengakap Malaysia diatas penganugerahan ini dan kepada Penolong-penolong Pesuruhjaya dan jurulatih-jurulatih KLKM PSP serta pihak penurusan PSP yang bersama membantu serta menyokong dalam menubuhkan KLKM di PSP. Diharap KLKM PSP akan terus bergiat aktif dan melahirkan pelajar yang berpegang kepada persetiaan pengakap dan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.


Care to comment?


Friday, 3-Jul-2009 01:28 Email | Share | | Bookmark
Kem HINEX ke 9 di TATi University College,Terengganu (9-13/6/09)

HINEX beri banyak pendedahan dan pengalaman kepada KLKM PSP

9 – 13 Jun 2009 -: Bertemakan “Scouting: Heritage & Sharing”, seramai 280 peserta Kelana Siswa dari 13 buat IPT termasuk Politeknik Seberang Perai menyertai kem HINEX ke 9 yang dianjurkan oleh Kolej Universiti TATi Terengganu. Ini adalah kali pertama Kumpulan Latihan KelanaSiswa Malaysia (KLKM) PSP menyertai kem HINEX dan menghantar seramai 30 peserta dan diiringi oleh 3 orang pemimpin serta seorang jurulatih. Perjalanan selama 11 jam melalui jalan Gerik ke Terengganu akhirnya tiba ke TATiUC pada jam 9.30 pagi.



Pada hari pertama peserta KLKM PSP melakukan tugas bersama untuk membuat kem dengan mendirikan khemah, ruang dapur, pintu gerbang dan beberapa gajet daripada buluh yang disediakan. Menjadi satu kemestian setiap kem perlu mempunyai gajet dan susun atur yang kemas serta teratur mengikut piawaian perkhemahan dalam pengakap. Melalui persiapan kem inilah peserta mengaplikasikan segala ilmu kepengakapan yang telah dipelajari semasa kem dan kursus yang telah dilaksanakan sepanjang semester ini.

Aktiviti pertama pada malam 9 Jun dimulakan dengan ceramah motivasi bertempat di tapak perkhemahan TATiUC yang dikendalikan oleh En. Abdul Aziz Ibrahim. Ceramah yang bertajuk Semangat Kekitaan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan semangat perpaduan di kalangan para peserta.


Pada hari kedua KLKM PSP yang berada di dalam sub kem 1 bersama UniMaP dan UDM menyertai aktiviti Oil Platform Air Abandan Drill di kawasan pelantar minyak ESSO MOBILE Kemaman. Peserta di bawa dengan menaiki life boat dan perlu memakai jaket dan topi keselamatan. Penerangan penggunaan life boat dan kaedah menyelamat mangsa oleh En. Zaini petugas keselamatan ESSO turut memberi peluang kepada dua peserta PSP untuk memandu dan mengendalikan bot berkenaan. Aktiviti pada petang diteruskan dengan aktiviti memancing di kolam TATiUC, sebanyak 16 ekor ikan keli telah dipancing oleh peserta KLKM PSP. Seterusnya peserta melakukan aktiviti makanan tradisional iaitu mereka membuat keropok lekor dan satar di mana ianya adalah makanan tradisional yang terkenal di Terengganu.



Perasmian pembukaan HINEX ke 9 berlangsung pada malam tersebut yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Abdul Latif Awang, Pengerusi Lembaga Pengarah TATiUC. Gimik perasmian dengan upacara pembakaran 9 unggun api yang membawa maksud perkhemahan HINEX kali ke 9 dan diikuti letupan bunga api selama 10 minit. Dikesempatan malam perasmian peserta berpeluang bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Yang Berbahagia Dato’ Haji Kaharudin Mo’min dan Yang Berbahagia Haji Rosdi Abd Rahman, Pesuruhjaya Kumpulan Latihan KelanaSiswa Malaysia.


Tidak lengkap kem HINEX tanpa pengembaraan ke Kuala Terengganu, oleh itu pada hari ketiga peserta dibawa ke sana untuk melihat dan melawat tempat-tempat yang menarik. Destinasi pertama peserta melawat Noor Arfa Batik, di sana mereka didedahkan kepada cara anyaman songket dan proses pembuatan batik Terengganu. Seterusnya lawatan ke Taman Tamadun Islam (TTI), melihat keunikan masjid Kristal yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu memberi peluang kepada peserta untuk melaksanakan solat zohor di sana. Dikesempatan itu juga, peserta melihat 21 monumen Islam yang terkenal dari seluruh dunia bagi mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam. Destinasi terakhir pengembaraan adalah ke Pasar Payang, di sana para peserta berpeluang untuk melihat dan membeli barangan buatan Terengganu seperti kain batik, barangan tembaga, kain songket, sutera dan makanan Terengganu. Setelah penat ke Kuala Terengganu yang mengambil masa perjalanan selama 3 jam dari Kemaman, pada malam tersebut peserta melakukan aktiviti bacaan yasin bersama-sama.



Hari keempat, peserta meneruskan aktiviti-aktiviti kemahiran. Aktiviti kemahiran pertama adalah kemahiran asas elektronik, peserta dibekalkan dengan 4 LED Flasher Kit dan Singing Bird Door Belt Kit , projek elektronik perlu disiapkan selama 30 minit. Setelah melakukan aktiviti kemahiran elektronik, peserta diberi penerangan mengenai kaedah penggunaan dan cara berinteraksi menggunakan Radio Amatur oleh Kelab Radio Amatur Terengganu. Dalam aktiviti Radio Amatur, peserta di beri peluang untuk berinteraksi menggunakan call sign sendiri. Aktiviti pada petang Jumaat diteruskan dengan aktiviti pantai yang diadakan di Pantai Teluk Kalong dan dikendalikan oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPA3). Semasa aktiviti pantai peserta telah didedahkan kepada latihan asas menyelamat di air.


Malam Gala HINEX adalah malam yang ditunggu-tunggu oleh para peserta, malam terakhir perkhemahan HINEX ke 9 ini mempersembahkan persembahan dari setiap IPT. KLKM Politeknik Seberang Perai membuat persembahan kebudayaan Tarian Joget dan kebudayaan Pulau Pinang iaitu Tarian Jogi yang dilatih oleh peserta KLKM PSP, saudara Aura Almahadi Khuri.



Hari terakhir perkhemahan HINEX diakhiri dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan merangkap ahli Parlimen Bahagian Kemaman. Semasa majlis penutup juga upacara penyampaian pingat turut diadakan. Pesuruhjaya KLKM PSP, Pn. Norhanani Abd Rahman dan Jurulatih KLKM PSP, En. Hazlisham Hanafiah telah dianugerahkan Pingat Peringatan Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia. Dalam majlis yang sama juga upacara mengkalungkan Manikayu 2 Bead oleh Pesurujaya KLKM, Yang Berbahagia Hj. Rosdi Abd Rahman turut dilaksanakan dan menyaksikan Pesuruhjaya dan Penolong Pesuruhjaya KLKM PSP Pn. Norhanani Abd Rahman dan Pn. Suhaila Sarif melafaskan persetiaan Pengakap.

Menurut Ketua Kontinjen KLKM PSP, saudara Abdul Latif Saad dan saudara Ahmad Shukri Mohd Saleh ”banyak pengetahuan sepanjang menyertai aktiviti HINEX dan pengalaman dalam menguruskan kontinjen yang kami perolehi akan kami dijadikan sebagai panduan serta penambahbaikan untuk ke kem HINEX ke 10 di IKBN Chembong, Negeri Sembilan pada tahun hadapan. Selain itu, kami dapat berkongsi dan bertukar idea dengan kontinjen KLKM dari IPT yang lain. Once a scout, forever a scout.”


hello...
ada jualan baju ni...
baju hinex 9 round neck warna hitam masih ada untuk dijual..
brg siapa berminat untuk memilikinya
sila cntact my number 0139727368 (mat budin)
atau emei kat alamat mickey_rainbow7388@yahoo.com
Fri 31-Jul-2009 08:08
Posted by: matbudin7388 mickey_rainbow7388@yahoo.com
Add comment


Thursday, 18-Jun-2009 03:44 Email | Share | | Bookmark
Program KLKM Politeknik Seberang Perai

Sumbangan Banting kepada Lata Tebing Tinggi





PIONEERING CAMP

PINTU GERBANG, HADIAH HASIL USAHA AHLI KLKM

25 - 26 April 2009 -: Bermula dan berakhir dengan ikatan simpul manuk, pelbagai projek perintis pioneering telah dihasilkan oleh ahli KLKM, PSP dengan menggunakan buluh. Kem yang dilaksanakan di Lata Tebing Tinggi, Selama Perak ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara praktikal kepada ahli KLKM mengenai ikatan dan simpulan dalam membuat pintu gerbang, meja makan dan rak meletak pinggan. KLKM PSP juga telah menghadiahkan Pintu Gerbang yang telah dibuat sendiri oleh mereka kepada tempat rekreasi tersebut.

Selain itu, beberapa model pioneering turut dibuat bagi tujuan sebagai bahan pameran. Diantara model yang dibuat daripada bilah buluh dan diikat dengan benang adalah menara, meja makan, rak, bingkai gambar dan pintu gerbang. Kem ini juga turut dibantu oleh 4 orang jurulatih dari Persekutuan Pengakap Balik Pulau, Pulau Pinang.

Aktiviti sampingan yang lain juga diadakan bagi meningkatkan kemahiran peserta dalam mempelajari ilmu kepengakapan. Antara aktivitinya adalah cabaran mengharungi arus sungai dalan satu barisan tanpa putus dan beberapa tugasan diberi seperti mengumpul bahan yang diminta dan kaedah rawatan yang akan diberi kepada ahli kumpulan yang tercedera. Setiap kumpulan perlu memberi rawatan kepada seorang rakan mereka yang mengalami patah paha, dan tangan serta cedera di kepala. Kemudian mereka peru membuat pengusung untuk membawa mangsa.

Diharapkan program seperti ini akan mengukuhkan kemahiran dalam ikatan dan simpulan serta bantuan pertolongan cemas dikalangan ahli KLKM.


Care to comment?


Tuesday, 5-May-2009 06:55 Email | Share | | Bookmark


nani, kalo ada masa update gambar masa pi sik kursus koku tu.. Wed 20-May-2009 18:18
Posted by:baya
puan,nper pic nek troli x de tme nk g water rafting? Wed 12-Aug-2009 17:31
Posted by:wanie wanie_syaza@yahoo.com
Add comment


Monday, 13-Apr-2009 00:11 Email | Share | | Bookmark
Naufal



Ni Naufal nangis sebab nakkan belon spiderman masa pesta konvo PSP.

alaaaa... ciannya dia nangessss Tue 14-Apr-2009 13:09
Posted by:helmiyani  - [Link]
Add comment


Thursday, 9-Apr-2009 09:45 Email | Share | | Bookmark
Kenangan



Ni last day kursus..sume pegang camera kecuali En. Lah..coz dia pegang remoote je....camera dia yang tangkap gambar nie..


Menembak? paintball leh ler... kita kenal ke?..apapun thanks sudi ke fp saya..salam perkenalan

http://9w2dva.fotopages.com
Fri 10-Apr-2009 01:20
Posted by:Nani
best pulak teringat masa kursus tu, dah beli flash ka? Sat 11-Apr-2009 14:45
Posted by:pak lah dolah59@yahoo.com
He..he.. tak beli lagi budget tak cukup lagi.. tu gambar tak berapa nak cun tu. apa pun nak beli lens 50mm dulu. Mon 13-Apr-2009 02:34
Posted by:Nani  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Thursday, 9-Apr-2009 00:26 Email | Share | | Bookmark
Program KLKM PSP



Nie program khidmat Masyarakat kat Kg. Permatang Rawa, BM. Pelajar gotong royong cat surau, taska, bersih kubur dan jalan. Org Kg. buat kenduri dan majlis penutup disempurnahkan oleh Pengarah PSP. Lepas nie ada program lagi hujung bulan 4 kita akan buat Pioneering & Orienteering Camp di Kg. saya....Selama Perak...


PROGRAM KELANA MASUK DESA

BAKTI DICURAH, IKATAN DIJALIN

Sabtu (4 April 2009) -: Seramai 75 ahli Kumpulan Latihan kelanaSiswa Malaysia (KLKM), PSP bersama-sama menyingsing lengan dengan penduduk kampung Permatang Rawa Hujung dalam satu program khidmat masyarakat. Aktiviti gotong-royong membersihkan kubur, jalan serta mengecat taska dan surau turut dibantu oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai. Berpegang kepada moto ”KHIDMAT” selaras dengan seruan Pengarah PSP yang mahukan pelajar terlibat dengan pelbagai program dan aktiviti dengan komuniti luar, KLKM PSP mengambil langkah dengan melaksanakan Program Kelana Masuk Desa. Selain menyumbangkan bakti, ahli KLKM dapat mengeratkan hubungan siratulrahim dengan penduduk kampung.

Majlis penutup program Kelana Masuk Desa telah disempurnakan dengan ucapan Pesuruhjaya KLKM, Pengerusi JKKK dan Pengarah PSP. Antara kandungan ucapan Tn. Hj. Noor Azahan Othman adalah ”Sifat-sifat kepimpinan seperti keperibadian unggul dan berkarisma perlu diperteguhkan seawal di peringkat pengajian lagi. Program yang diadakan ini dapat memupuk semua ciri-ciri tadi supaya mereka benar-benar mantap untuk memikul amanah sebagai pemimpin masa depan. Dengan itu matlamat bagi melahirkan modal insan yang syumul dan berilmu serta menjadi role model kepada masyarakat akan dapat dicapai melalui pengalaman ini.”

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan jamuan tengahari yang disediakan secara bergotong royong oleh kaum hawa kg. Permatang Rawa Hujung. KLKM PSP bersedia untuk bersama menyumbangkan tenaga kepada kg tersebut sekiranya diperlukan.

Care to comment?


Wednesday, 8-Apr-2009 07:16 Email | Share | | Bookmark
Model Ladang Teh


gile ganas muka aizat..
hahahaha~
Thu 9-Apr-2009 00:16
Posted by:aizat
iyer , ganazz Wed 13-May-2009 01:31
Posted by:jaja behh noorarizawaty@yahoo.co.uk  - [Link]
Add comment


Wednesday, 8-Apr-2009 03:42 Email | Share | | Bookmark
Shot di Cameron


Akhirnya dapat juga mengedit dan membesarkan gambar..

Ni ada sket gambar shot di Cameron..ada lagi tak sempatler..kene buat keje lain dulu..


upload lagi tau Wed 8-Apr-2009 04:04
Posted by:jaja behh noorarizawaty@yahoo.co.uk  - [Link]
nani...pasaipa pic kat atas tu tak kuar..? tadi dah berjaya buat..cumanya pic tu tersgtla besarnya ..kena crop la Wed 8-Apr-2009 04:10
Posted by:jaja behh noorarizawaty@yahoo.co.uk  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.