 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Norhanani's FotoPage
 By: Norhanani Abd Rahman
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[<< < 1 [2] > >>] [Archive]
|
|
|
|
| Wednesday, 8-Apr-2009 00:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Salam...tq pada yang sudi melawat ke fp saya...tak sempat nak update..
Saya dari Politeknik Seberang Perai, Lect. di Electrical Department..skang nie PSP tengah Konvokesyen..so busy sket...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 6-Apr-2009 02:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lawatan Bukit Tinggi - Malinjau - Padang Indonesia, 5 - 9 Feb 09
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 6-Apr-2009 01:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Anak-anak ku
|
|
KURSUS ORIENTASI, PENDEDAHAN AWAL AHLI KLKM
Sabtu (28 Februari 2009) -: Kumpulan Latihan kelanaSiswa Malaysia (KLKM), PSP telah menganjurkan satu Kursus Orientasi KLKM bertempat di Dewan Kuliah Elektrik. Kursus ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli KLKM mengenai pengenalan Pengakap, persetiaan, undang-undang, tatacara pemakaian uniform, pertolongan cemas, ikatan, kawad, asas orienteering , istiadat perhimpunan dan kibarkan bendera.
Seramai 60 peserta telah mengikuti kursus tersebut yang dikendalikan oleh En. Rozhan B. Yahaya, Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Daerah Balik Pulau, En. Hazlisham B. Hj. Hanafiah, Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri Pulau Pinang, En. Fazlan dan En. Redzuan. Kursus yang dijalankan selama 9 jam ini turut disampaikan oleh Pesuruhjaya KLKM, PSP Pn. Norhanani Abd Rahman di dalam slot persetiaan dan undang-undang Pengakap. Kursus ini merangkumi taktiviti istiadat mengibarkan bendera serta protokol perhimpunan pagi. Selain itu, aktiviti berpangkalan bagi memberi latihan asas kepada peserta mengenai ikatan dan simpulan, kaedah alih ganti pesakit, anduh dan balutan serta patah/tercekik juga dilaksanakan.
Melalui kursus ini diharap agar semua ahli KLKM telah mempunyai pengetahuan dan kemahiran berpengakap serta menjadi seorang pengakap kelana yang berpegang kepada Moto Pengakap Kelana iaitu ”BERKHIDMAT” berdasarkan persetiaan dan undang-undang Pengakap.
HADAPI CABARAN, PERLU KETABAHAN BAGI MEMPEROLEH LENCANA PENGEMBARAAN
7 – 9 Mac 2009 -: Pengembaraan bermula dari Taman Negara Pulau Pinang meyusuri laluan denai disepanjang persisiran laut Teluk Bahang menuju ke Monkey Beach, Muka Head. Peserta kem cabaran yang dibahagikan kepada 8 patrol ini perlu menyediakan masakan sendiri sebelum meneruskan pengembaraan mendaki bukit melihat keindahan alam dan rumah api. Pengembaraan ini adalah program Kumpulan Latihan KelanaSiswa Malaysia (KLKM), PSP bagi memperolehi Lencana Pengembaraan. seramai 75 peserta diiringi dengan 10 jurulatih dan 2 pemimpin KLKM, PSP bersama berkhemah di Muka Head. Pengalaman bermalam di tepi pantai pasti mencabar kerana pada malam itu telah berlaku ribut dan peserta tidur dalam kesejukkan.
Pada keeseokkan harinya pengembaraan diteruskan lagi ke Hutan Lipur, Taman Rimba. Kepenatan berjalan menyebabkan semua peserta sepakat untuk menaiki bas rapid penang dari pekan Teluk Bahang ke Taman Rimba. Selain aktiviti pengembaraan, peserta turut diajar mengenai teori pertolongan cemas oleh En. Fazlan.
Malam kebudayaan Pengakap adalah malam yang ditunggu-tunggu, semua patrol perlu membuat persembahan dan nyanyian lagu pengakap diiringi petikan gitar yang diketuai oleh Cikgu Pasdah Ladola. Apa yang menyeronokkan, pada malam itu kem digegarkan dengan kejutan oleh AJK kem bagi meraikan seorang peserta yang akan menyambut hari kelahiran. Tidak sempat merehatkan diri, peserta dikejutkan pada jam 3 pagi bagi mengikuti sesi ’burung hantu’.
Hari terakhir, semua peserta melakukan senaman roti gulung, chicken dance dan kawad kaki di dalam air. Majlis penutup disempurnakan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Balik Pulau, En. Rozhan B. Yahaya. Skim Lencana Pengembaraan ini mensyaratkan pengembaraan sejauh 60km dan perlu membuat laporan pengembaraan.
Ni baru nak cuba fp..so banyak kena explore..
|
|
|
|
|
|
| Friday, 3-Apr-2009 02:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
[<< < 1 [2] > >>] [Archive]
|
|
 |
|
|
|