Want your
own Fotopage?






 
Norhanani's FotoPage

By: Norhanani Abd Rahman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 3-Jul-2009 01:28 Email | Share | Bookmark
Kem HINEX ke 9 di TATi University College,Terengganu (9-13/6/09)

HINEX beri banyak pendedahan dan pengalaman kepada KLKM PSP

9 – 13 Jun 2009 -: Bertemakan “Scouting: Heritage & Sharing”, seramai 280 peserta Kelana Siswa dari 13 buat IPT termasuk Politeknik Seberang Perai menyertai kem HINEX ke 9 yang dianjurkan oleh Kolej Universiti TATi Terengganu. Ini adalah kali pertama Kumpulan Latihan KelanaSiswa Malaysia (KLKM) PSP menyertai kem HINEX dan menghantar seramai 30 peserta dan diiringi oleh 3 orang pemimpin serta seorang jurulatih. Perjalanan selama 11 jam melalui jalan Gerik ke Terengganu akhirnya tiba ke TATiUC pada jam 9.30 pagi.



Pada hari pertama peserta KLKM PSP melakukan tugas bersama untuk membuat kem dengan mendirikan khemah, ruang dapur, pintu gerbang dan beberapa gajet daripada buluh yang disediakan. Menjadi satu kemestian setiap kem perlu mempunyai gajet dan susun atur yang kemas serta teratur mengikut piawaian perkhemahan dalam pengakap. Melalui persiapan kem inilah peserta mengaplikasikan segala ilmu kepengakapan yang telah dipelajari semasa kem dan kursus yang telah dilaksanakan sepanjang semester ini.

Aktiviti pertama pada malam 9 Jun dimulakan dengan ceramah motivasi bertempat di tapak perkhemahan TATiUC yang dikendalikan oleh En. Abdul Aziz Ibrahim. Ceramah yang bertajuk Semangat Kekitaan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan semangat perpaduan di kalangan para peserta.


Pada hari kedua KLKM PSP yang berada di dalam sub kem 1 bersama UniMaP dan UDM menyertai aktiviti Oil Platform Air Abandan Drill di kawasan pelantar minyak ESSO MOBILE Kemaman. Peserta di bawa dengan menaiki life boat dan perlu memakai jaket dan topi keselamatan. Penerangan penggunaan life boat dan kaedah menyelamat mangsa oleh En. Zaini petugas keselamatan ESSO turut memberi peluang kepada dua peserta PSP untuk memandu dan mengendalikan bot berkenaan. Aktiviti pada petang diteruskan dengan aktiviti memancing di kolam TATiUC, sebanyak 16 ekor ikan keli telah dipancing oleh peserta KLKM PSP. Seterusnya peserta melakukan aktiviti makanan tradisional iaitu mereka membuat keropok lekor dan satar di mana ianya adalah makanan tradisional yang terkenal di Terengganu.



Perasmian pembukaan HINEX ke 9 berlangsung pada malam tersebut yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Abdul Latif Awang, Pengerusi Lembaga Pengarah TATiUC. Gimik perasmian dengan upacara pembakaran 9 unggun api yang membawa maksud perkhemahan HINEX kali ke 9 dan diikuti letupan bunga api selama 10 minit. Dikesempatan malam perasmian peserta berpeluang bersama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Yang Berbahagia Dato’ Haji Kaharudin Mo’min dan Yang Berbahagia Haji Rosdi Abd Rahman, Pesuruhjaya Kumpulan Latihan KelanaSiswa Malaysia.


Tidak lengkap kem HINEX tanpa pengembaraan ke Kuala Terengganu, oleh itu pada hari ketiga peserta dibawa ke sana untuk melihat dan melawat tempat-tempat yang menarik. Destinasi pertama peserta melawat Noor Arfa Batik, di sana mereka didedahkan kepada cara anyaman songket dan proses pembuatan batik Terengganu. Seterusnya lawatan ke Taman Tamadun Islam (TTI), melihat keunikan masjid Kristal yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu memberi peluang kepada peserta untuk melaksanakan solat zohor di sana. Dikesempatan itu juga, peserta melihat 21 monumen Islam yang terkenal dari seluruh dunia bagi mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam. Destinasi terakhir pengembaraan adalah ke Pasar Payang, di sana para peserta berpeluang untuk melihat dan membeli barangan buatan Terengganu seperti kain batik, barangan tembaga, kain songket, sutera dan makanan Terengganu. Setelah penat ke Kuala Terengganu yang mengambil masa perjalanan selama 3 jam dari Kemaman, pada malam tersebut peserta melakukan aktiviti bacaan yasin bersama-sama.



Hari keempat, peserta meneruskan aktiviti-aktiviti kemahiran. Aktiviti kemahiran pertama adalah kemahiran asas elektronik, peserta dibekalkan dengan 4 LED Flasher Kit dan Singing Bird Door Belt Kit , projek elektronik perlu disiapkan selama 30 minit. Setelah melakukan aktiviti kemahiran elektronik, peserta diberi penerangan mengenai kaedah penggunaan dan cara berinteraksi menggunakan Radio Amatur oleh Kelab Radio Amatur Terengganu. Dalam aktiviti Radio Amatur, peserta di beri peluang untuk berinteraksi menggunakan call sign sendiri. Aktiviti pada petang Jumaat diteruskan dengan aktiviti pantai yang diadakan di Pantai Teluk Kalong dan dikendalikan oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPA3). Semasa aktiviti pantai peserta telah didedahkan kepada latihan asas menyelamat di air.


Malam Gala HINEX adalah malam yang ditunggu-tunggu oleh para peserta, malam terakhir perkhemahan HINEX ke 9 ini mempersembahkan persembahan dari setiap IPT. KLKM Politeknik Seberang Perai membuat persembahan kebudayaan Tarian Joget dan kebudayaan Pulau Pinang iaitu Tarian Jogi yang dilatih oleh peserta KLKM PSP, saudara Aura Almahadi Khuri.



Hari terakhir perkhemahan HINEX diakhiri dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan merangkap ahli Parlimen Bahagian Kemaman. Semasa majlis penutup juga upacara penyampaian pingat turut diadakan. Pesuruhjaya KLKM PSP, Pn. Norhanani Abd Rahman dan Jurulatih KLKM PSP, En. Hazlisham Hanafiah telah dianugerahkan Pingat Peringatan Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia. Dalam majlis yang sama juga upacara mengkalungkan Manikayu 2 Bead oleh Pesurujaya KLKM, Yang Berbahagia Hj. Rosdi Abd Rahman turut dilaksanakan dan menyaksikan Pesuruhjaya dan Penolong Pesuruhjaya KLKM PSP Pn. Norhanani Abd Rahman dan Pn. Suhaila Sarif melafaskan persetiaan Pengakap.

Menurut Ketua Kontinjen KLKM PSP, saudara Abdul Latif Saad dan saudara Ahmad Shukri Mohd Saleh ”banyak pengetahuan sepanjang menyertai aktiviti HINEX dan pengalaman dalam menguruskan kontinjen yang kami perolehi akan kami dijadikan sebagai panduan serta penambahbaikan untuk ke kem HINEX ke 10 di IKBN Chembong, Negeri Sembilan pada tahun hadapan. Selain itu, kami dapat berkongsi dan bertukar idea dengan kontinjen KLKM dari IPT yang lain. Once a scout, forever a scout.”


hello...
ada jualan baju ni...
baju hinex 9 round neck warna hitam masih ada untuk dijual..
brg siapa berminat untuk memilikinya
sila cntact my number 0139727368 (mat budin)
atau emei kat alamat mickey_rainbow7388@yahoo.com
Fri 31-Jul-2009 08:08
Posted by: matbudin7388 mickey_rainbow7388@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.