Anugerah Pingat Peringatan Sambutan 100 Tahun Pengakap satu penghargaan
Tidak dapat digambarkan dan penuh kesyukuran dipanjatkan oleh Pesuruhjaya Kumpulan Latihan KelanaSiswa Malayasia, Politeknik Seberang Perai Pn. Norhanani Abd Rahman apabila dianugerahkan Pingat Peringatan Sambutan 100 Tahun Pengakap di Majlis Penutup Kem HINEX ke 9. Pingat yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr Mohd Shahrom Mohamad, Exco Majlis Pengakap Malaysia turut dianugerahkan kepada Pesuruhjaya-pesuruhjaya KLKM dan Jurulatih-jurulatih IPT yang hadir ke kem HINEX ke 9 di TATiUC. Ini adalah penghargaan daripada Persekutuan Pengakap Malaysia diatas jasa dan khidmat bakti di dalam aktiviti kepengakapan.
Menurut Pesurujaya KLKM PSP, beliau amat berterima kasih kepada Persekutuan Pengakap Malaysia diatas penganugerahan ini dan kepada Penolong-penolong Pesuruhjaya dan jurulatih-jurulatih KLKM PSP serta pihak penurusan PSP yang bersama membantu serta menyokong dalam menubuhkan KLKM di PSP. Diharap KLKM PSP akan terus bergiat aktif dan melahirkan pelajar yang berpegang kepada persetiaan pengakap dan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.